3 Petua Untuk Lepasan SPM: Atasi Cabaran Bahasa Inggeris untuk Perjalanan Kolej yang Berbahagia
3 Petua Untuk Lepasan SPM: Atasi Cabaran Bahasa Inggeris untuk Perjalanan Kolej yang Berbahagia
Tahniah! Anda baru sahaja tamat sekolah menengah. Saya benar-benar dapat merasakan kegembiraan meluap dalam diri anda sekarang. Di saat ini betapa saya berharap dapat memberi tepukan tahniah di bahu anda. Masih ingatkah malam-malam sebelumnya yang anda gunakan untuk menghafal tarikh-tarikh bersejarah untuk peperiksaan SPM? Kini semuanya telah berakhir. Leganya! Buat masa ini, anda mungkin sedang berusaha untuk merancang langkah seterusnya dalam hidup anda. Bagaimana saya tahu? Saya pun pernah muda juga. Tidak merancang untuk memberitahu anda bila SPM saya sebab anda pasti akan sibuk meneka usia saya. Bergurau sahaja, SPM saya sudah 8 tahun yang lalu dan ya kita masih muda. 8 tahun yang lalu setelah mendapat keputusan SPM, rancangan saya adalah untuk melanjutkan pelajaran ke kolej. Walau bagaimanapun, saya sangat bimbang mengenai "standard Bahasa Inggeris" saya di kolej. Oleh itu, dalam artikel ini, saya akan berkongsi cabaran bahasa Inggeris yang paling sering dihadapi di kolej bersama dengan beberapa petua agar anda dapat melalui kolej dengan senang hati. Saya berharap anda semua dapat belajar dan menaik taraf "Standard Bahasa Inggeris" anda semua di kolej.
1. Memahami Pengajaran Pensyarah
Kebanyakan kolej menggunakan Bahasa Inggeris sebagai media dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, ia amat penting untuk anda membiasakan diri dengan Bahasa Inggeris agar anda mendapat pemahaman secara menyeluruh. Tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh pensyarah itu boleh mendatangkan kesan buruk kerana anda tidak akan dapat mengikuti kelas. Oleh itu, lakukanlah persiapan anda sekarang, cuba dengar podcast atau lagu Bahasa Inggeris untuk membiasakan diri anda dengan sebutan yang berbeza oleh orang yang berbeza. Sila rujuk kepada artikel saya yang sebelumnya tentang bagaimana anda boleh menggunakan lagu untuk belajar Bahasa Inggeris jika anda belum merujuk kepadanya lagi.
2. Penulisan Akademik Dan Tesis
Memahami teori dan keupayaan untuk menggunakannya dalam penulisan adalah berbeza. Saya telah melihat ramai orang yang sangat memahami topik. Namun, ketika mereka cuba untuk mengungkapkan pemahaman mereka dengan kata-kata, mereka buntu. Tengok, penulisan akademik dan penulisan tesis bukanlah penulisan biasa. Penulisannya harus tepat selain bebas dari sebarang kesalahan tatabahasa. Oleh demikian, saya di sini menggalakkan anda supaya membaca lebih banyak artikel dalam talian. Anda boleh memilih artikel yang anda minati untuk meningkatkan tahap Bahasa Inggeris anda. Sekiranya anda bimbang tentang tahap penguasaan tatabahasa anda, anda boleh merujuk kembali kapada artikel saya mengenai 5 kesalahan tatabahasa yang akan menjejaskan kredibiliti penulisan anda.
3. Pembentangan
Saya percaya ada di antara anda yang sudah berpeluh dan gemetar ketika melihat perkataan ini. Anda mungkin juga akan membayangkan pentas, para hadirin yang hadir, serta bimbang tentang apa yang harus disampaikan. Itu adalah perkara yang biasa. Pernahkah anda benar-benar memikirkan perkara ini sebelumnya? Apa sebenarnya yang anda takuti? Saya percaya ketakutan utama anda sebenarnya adalah bahasa anda sendiri. Anda takut orang akan menertawakan Bahasa Inggeris anda yang lemah. Dulu saya juga seperti itu. Saya begitu takut untuk bercakap atau melakukan pembentangan kerana Bahasa Inggeris saya tidak begitu baik ketika kecil. Seperkara yang saya buat adalah, mengulangi isi kandungan pembentangan dengan suara yang lantang di hadapan cermin sehingga saya tidak perlu lagi merujuk kepada kertas. Dari sana, anda kini boleh mencuba untuk berlatih di depan ahli keluarga dan rakan-rakan anda. Tanpa disedari, kemahiran penyampaian anda akan bertambah baik dalam masa yang singkat.
Creative Edu®
Tel: 016-2228739, 016-3359881 (Whatsapps)
Facebook: https://www.facebook.com/creativelearning.my
www.creativelearning.my
Comments
Post a Comment