3 Sebab Mengapa Orang Merasa Sukar Untuk Belajar Bahasa Inggeris?
3 Sebab Mengapa Orang Merasa Sukar Untuk Belajar Bahasa Inggeris?
Pada masa ini, Bahasa Inggeris
digunakan secara meluas dalam perniagaan, oleh itu ia
telah menjadi suatu keperluan jika anda ingin memasuki tenaga kerja global.
Saya bersetuju bahawa belajar sesuatu bahasa bukanlah sesuatu yang mudah
seperti mempelajari abjad. Namun, beradanya anda di sini membuktikan bahawa
anda telah bersedia untuk belajar. Anda seharusnya memberikan tepukan yang
gemuruh kepada diri sendiri. Mudah sahaja untuk saya, jika seseorang itu bersedia
untuk belajar maka saya pun sudi untuk mengajar. Oleh itu, marilah kita menyelami
sebab mengapa orang merasa sukar untuk belajar Bahasa Inggeris. Saya secara
ikhlasnya berharap bahawa setelah membaca artikel ini, belajar Bahasa Inggeris
tidak akan menyukarkan lagi.
1.
Matlamat Yang Kurang Pasti
Saya percaya anda telah banyak kali mendengar perkataan
matlamat dalam hidup anda oleh penceramah motivasi yang berbeza. Tetapi adakah
anda benar-benar memahami maksud di sebalik penetapan matlamat itu? Tujuan matlamat
adalah supaya anda boleh melihat sasaran anda dengan jelas walaupun tanpa kaca
mata. Dalam mempelajari bahasa, ia adalah sama juga. Anda akan merasa sukar
untuk belajar apabila matlamat anda tidak jelas kerana ia boleh menyebabkan
anda kian sesat. Oleh itu, mulakanlah dengan matlamat di minda, tetapkanlah
melalui model SMART (Spesifik, Dapat diukur, Dapat dicapai, Relevan dan Masa
yang khusus). Katakanlah matlamat anda adalah untuk mencari pekerjaan baharu di
syarikat multinasional. Dari situ,anda boleh menjadikan matlamat anda supaya ia
dapat diukur, dapat dicapai, relevan dan terikat pada tempoh waktu yang khusus.
Sekarang setiap kali anda merasa sukar untuk belajar, ingat! Anda kini sudah mempunyai
matlamat di dalam minda.
2.
Kekurangan
Masa
Satu
lagi sebab mengapa belajar Bahasa Inggeris amat menyukarkan adalah kerana ia
memerlukan jangka masa yang panjang. Adakah
anda menyedari bahawa pada permulaan pembelajaran anda merasakan masa anda
mencukupi dan segalanya berjalan dengan lancar? Tetapi sekian waktu berlalu,
anda akan merasakan bahawa ia banyak menghabiskan masa anda. Namun, mengapa
tidak anda merasakannya pada permulaan? Sebabnya mudah. Motivasi. Apabila anda mula
belajar, tahap motivasi anda berada di puncak. Jadi, anda akan lebih rela untuk
memperuntukkan masa lapang demi pembelajaran. Tetapi, setelah sekian lama,
tahap motivasi anda akan menurun, menyebabkan minat anda juga berkurangan. Kini,
anda merasakan bahawa anda tidak mempunyai masa yang mencukupi kerana anda
tidak lagi sanggup untuk memperuntukkan masa lapang demi pembelajaran. Perkara
yang ingin saya tekankan di sini ialah kita semua diberkati dengan 24 jam
sehari. Mengapa tidak kita luangkan masa selama sejam sehari untuk belajar Bahasa
Inggeris? Masih ingat matlamat yang telah anda tetapkan? Jadikanlah matlamat
anda untuk bekerja di syarikat multinasional itu sebuah kenyataan.
3.
Tersangkut Dan Tidak Dapat Maju Ke Hadapan
Sekiranya
anda mempelajari Bahasa Inggeris dengan sendiri, anda mungkin dapat mencapai peringkat pertengahan dengan sendiri.
Namun, pada ketika ini, anda akan merasakan bahawa, anda tidak tahu bagaimana
untuk maju ke hadapan lagi. Anda kini telah mempunyai kemampuan sederhana untuk
berkomunikasi dengan orang dari negara barat atau telah mempunyai kemampuan
untuk membaca dan menulis bagi tujuan komunikasi. Semuanya berjalan dengan
lancar namun anda tidak lagi dapat menaiktarafkan tahap Bahasa Inggeris anda. Ia
seolah-olah seperti anda mempunyai semua barang yang bagus dalam permainan
namun masih tidak dapat mengalahkan bosnya. Apakah yang patut awak lakukan?
Bertenang. Ini adalah masalah biasa yang akan juga dihadapi oleh orang lain.
Ini adalah fenomena yang dikenali sebagai “language plateau”. Walaubagaimanapun,
anda juga harus mengucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana mampu melangkah begitu
jauh dalam dunia Bahasa Inggeris tanpa teman. Inilah masanya untuk anda meminta
pertolongan untuk maju lebih jauh ke hadapan. Anda boleh meminta pertolongan
daripada guru Bahasa Inggeris yang profesional untuk menemani anda agar anda dapat
meneroka dunia Bahasa Inggeris dengan lebih jauh lagi.
Creative Edu®
Facebook: www.facebook.com/creativelearning.my
Website: http://creativelearning.my
Tel: 016-2228739, 016-3359881 (Whatsapps)

Comments
Post a Comment