6 Cara Yang Mengejutkan Untuk Belajar Bahasa Inggeris Menggunakan Lagu Yang Anda Mesti Cuba Hari Ini

 6 Cara Yang Mengejutkan Untuk Belajar Bahasa Inggeris Menggunakan Lagu Yang Anda Mesti Cuba Hari Ini 

Lagu merangkumi sebahagian besar dari kehidupan kita sebenarnya. Tidak mempercayai apa yang diperkatakan oleh saya? Cuba anda lihat, lagu dimainkan di sekitar kita pada setiap hari. Lagu dimainkan ketika anda sedang membeli barang runcit, menonton permainan bola keranjang, atau ketika anda sedang mencuba baju yang anda fikirkan sepanjang malam itu. Itu belum lagi termasuk lagu-lagu yang anda dengar semasa perjalanan ke tempat kerja mahupun ketika persediaan untuk peperiksaan. Sekarang anda tahu mengapa saya mengatakan bahawa lagu merangkumi sebahagian besar dalam kehidupan kita kan?

Memandangkan kita telah mendengar banyak lagu sepanjang hidup kita, mengapa tidak kita memanfaatkan lagu kegemaran kita untuk mempelajari Bahasa Inggeris? Dalam petikan ini akan saya kongsikan 6 cara yang mengejutkan untuk belajar Bahasa Inggeris menggunakan lagu yang anda mesti cuba hari ini. Saya berharap anda akan dapat menggunakan segala yang dipelajari hari ini untuk meningkatkan lagi tahap Bahasa Inggeris anda. 


1. Menggunakan Media Yang Betul Untuk Mencari Lagu Bahasa Inggeris

Terdapat banyak media yang boleh anda gunakan untuk mencari lagu pada zaman sekarang seperti Youtube atau Spotify. Saya menggunakan Spotify sebagai media untuk mencari lagu kerana ia lebih mudah untuk mendapatkan lagu yang saya inginkan melalui senarai playlist yang sedia ada. Saya sebenarnya gemar untuk mendengar lagu lama, jadi kalau anda juga minati lagu lama, bolehlah pilih senarai lagu ini juga.


2. Pencarian Dan Pencetakan Lirik Lagu

Setelah lirik lagu siap dicari, luangkanlah masa untuk menghargai lirik lagu tersebut. Kemudian, anda bolehlah luangkan masa anda untuk memahami perkataan dalam lirik lagu tersebut. Percayalah kepada saya, pada peringkat ini  anda akan mengetahui bahawa perkataan yang sering dinyanyikan oleh anda tidak wujud sama sekali. Bagaimana saya tahu? Saya juga mempunyai pengalaman yang sama seperti anda juga. 


3. Mempelajari Lirik 

Mempelajari lirik adalah mudah. Cuba awak membahagikan lagu tersebut kepada beberapa bahagian dan bukannya cuba untuk memahami lagu itu secara keseluruhan. Keratan lagu yang besar lebih sukar dilihat dan menyebabkan minda kita mudah malas.Tetapi kalau keratan lagu yang besar itu dibahagikan, fikiran kita lebih tenang dan kita akan dapat mencerna maklumat dengan lebih baik. Sekarang, cuba perhatikan "perkataan baharu" itu. Itulah perkataan yang akan ditambahkan ke senarai kosa kata anda yang baharu di masa akan datang.


4. Menyanyi Dengan Suara Yang Lantang

Inilah masanya untuk anda mempamerkan kemahiran menyanyi anda yang telah anda latih selama bertahun-tahun ketika menyanyi di bilik mandi. Sekurang-kurangnya saya melatih dan mengembangkan kemahiran menyanyi saya ketika di bilik mandi. Anda tidak perlu risau tentang suara anda melainkan anda ditugaskan untuk membuat persembahan dalam kumpulan di depan khalayak ramai. Latihan nyanyian ini hanyalah untuk meningkatkan tahap pemahaman anda mengenai sebutan. Saya percaya nyanyian sambal diiringi muzik terdengar lebih menyeronokkan daripada membaca semua lirik tanpa muzik kan?


5. Cubaan Menyanyi Tanpa Melihat

Setelah sekian lama menyanyi dengan kuat, saya percaya sekarang anda telah menguasai liriknya. Apa kata uji diri kamu sendiri? Cuba nyanyikan lagu tanpa merujuk kepada lirik. Baiklah, anda boleh melihat tetapi hanya sekali sekala. Dengan latihan ini, anda akan menyedari bahawa anda sekarang dapat menyanyikan lagu tersebut secara kasar dan hanya kehilangan beberapa perkataan di sesetengah tempat. Sebilangan besar perkataan yang hilang sebenarnya adalah "perkataan baharu" yang belum anda sempat membiasakan diri dengannya. Setelah beberapa percubaan, anda pasti dapat menyanyi secara automatik tanpa melihat.


6. Mengulangi Seluruh Proses

Orang mengatakan bahawa proses pengulangan membolehkan minda kita untuk mengingati dengan lebih baik. Saya sangat setuju dengan ayat itu. Jadi, teruskanlah usaha anda dan mengulangi  prosesnya secara keseluruhan. Cari lagu lain yang anda gemari dan cetak liriknya atau catatkannya. Melalui proses ini, anda mungkin akan menjumpai beberapa perkataan yang dahulunya merupakan "perkataan baharu" untuk anda namun sekarang tidak lagi. Hal ini demikian kerana, anda baru sahaja berjaya mengembangkan kosa kata anda. "perkataan baharu" tersebut tidak lagi baharu dan kini anda akan dapat menggunakannya dengan bebas dalam perbualan mahapun tulisan anda di masa akan datang.


Creative Edu®

Tel: 016-2228739, 016-3359881 (Whatsapps)

Facebook: https://www.facebook.com/creativelearning.my 

www.creativelearning.my 


Comments